Pemuliharaan Lumba-lumba ambu

Tidak terdapat data yang mencukupi untuk memasukkan Lumba-lumba Ambu dalam senarai spesies terancam, kecuali di China di mana haiwan ini benar-benar terancam. Kecendurungan haiwan ini untuk hidup berhampiran dengan pantai mendedahkannya kepada bahaya kegiatan menangkap ikan. Banyak Lumba-lumba Ambu dibunuh setiap tahun oleh jala-jala atau mata-mata kail yang ditempatkan di seberang sungai-sungai.

Tidak terdapat juga anggaran-anggaran yang baik untuk bilangan Lumba-lumba Ambu yang masih hidup. Bagaimanapun, perbandingan antara dua tinjauan, satu pada lewat 1970-an dan yang lain itu pada tahun 1999/2000, menunjukkan kemerosotan bilangan dan taburan haiwan ini. Ahli-ahli sains mempercayai bahawa kemerosotan ini telah berlangsung selama berdekad-dekad dan bilangannya yang terkini hanya merupakan sebahagian kecil daripada bilangan sejarahnya.